musim hujan di ganu membuatkan aku rasa rindu sangat dengan segala kenangan sedari aku masih kecik ..hehehe..aku teringat masa zaman kecik2 dulu banyok benda yang aku main..mcm2 permainan aku main..lastik getah,senapang buat sendiri, aci nyorok, masak2, kawin2, lawan lari, police sentri, nenek2 si bongkok tiga, aci kejor, main penggal kasut, main aci jengkek, galah panjang..haishhh pendek kata x tertulis kt bawah ni..skang ni permainan2 mcm nie dah x banyak di mainkan dan mungkin dah x di kenali oleh anak2 generasi baru..rugi..sangat2 lah rugi....bakpe yek kt skolah dop banyok ajor permainan2 macam nie..dan bila kita pikir balik, masa dolu2,lepas je waktu maghrib kalo kiter main lagi,sah sah bebirat belakang kena bedal ngan mok....skang nih maghrib2 duk kalut n leka lagi main ngan teknologi....
Bagi aku permainan warisan nie membawa seribu satu pengajaran pada kita semua..mcm2 pengalaman manis terselit dalam memori aku bahkan korang semua...so aku nak share ngan korang beberapa jenis permainan yang di anggap sebagai warisan seperti lompat gelang getah, sepak raga bulatan, galah panjang, tating lawi, dan bermacam lagi...
Dengan itu Jabatan Warisan Negara telah mengambil usaha dan melaksanakan tanggungjawab sebagai salah sebuah Jabatan Kerajaan yang memelihara dan memperkembangkan warisan budaya agar terus segar untuk di kenali oleh generasi masa kini dan akan datang.
Jabatan Warisan Negara telah mengadakan Program Permainan Tradisional bagi pengisian Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama agensi-agensi lain yang berlangsung dari 1 hingga 30 Julai setiap tahun. Berbagai-bagai program yang menampilkan kebudayaan, kesenian dan warisan negara dijadikan sebagai pengisian festival ini. Walau bagaimanapun, Jabatan Warisan Negara telah memilih untuk menganjurkan Program Permainan Tradisi yang kini telah diadakan sebanyak empat kali yang bermula pada 2006, 2008, 2009 dan 2010. Ia melibatkan penyertaan seperti Pelajar Sekolah, Rukun Tetangga, Persatuan Seniman, Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
PERMAINAN LAMAN | PERMAINAN ANJUNG |
---|---|
Galah panjang Sepak raga ratus Ketinting Laga ayam Konda-kondi Rebut negeri Tating lawi | Congkak Batu seremban Dam haji Gusti lengan @ Mipulos |
Demonstrasi dan pembuatan permainan tradisional pula melibatkan permainan Gasing Uri, Kuit, Wau dan demonstarsi pembuatan Wau serta Sepak Raga Manggis.
No comments:
Post a Comment