YBhg Dr.Zainah Ibrahim Timbalan Pesuruhjaya Warisan telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara berkuatkuasa mulai 15 Jun 2014 bagi menggantikan YBhg Datin Paduka Zuraina Majid yang telah tamat kontrak sebagai Pesuruhjaya Warisan pada 31 Mei 2014. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah atas perlantikan perkhidmatan beliau. Semoga dengan perlantikan, -YBhg Dr.Zainah Ibrahim akan menjadi peneraju kepada kecemerlangan dan peningkatan pencapaian serta perkhidmatan di Jabatan Warisan Negara.
Renjis-renjis Si Air Mawar,
Di tabur juga si beras pulut,
Selamat mengetuai jong belayar,
Kami di belakang setia melutut.
Jika di tebang si pohon buluh,
jangan lupa berhati hati,
Puan jangan gentar mengeluh,
Kami setia menghulur bakti.