Sunday, 26 October 2014

Pesuruhjaya Warisan , Jabatan Warisan Negara

YBhg Dr.Zainah Ibrahim Timbalan Pesuruhjaya Warisan telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara berkuatkuasa mulai 15 Jun 2014 bagi menggantikan YBhg Datin Paduka Zuraina Majid yang telah tamat kontrak sebagai Pesuruhjaya Warisan pada 31 Mei 2014. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah atas perlantikan perkhidmatan beliau. Semoga dengan perlantikan, -YBhg Dr.Zainah Ibrahim akan menjadi peneraju kepada kecemerlangan dan peningkatan pencapaian serta perkhidmatan di Jabatan Warisan Negara.

Renjis-renjis Si Air Mawar,
Di tabur juga si beras pulut,
Selamat mengetuai jong belayar,
Kami di belakang setia melutut.

Jika di tebang si pohon buluh,
jangan lupa berhati hati,
Puan jangan gentar mengeluh,
Kami setia menghulur bakti.

 

"Warisan Kita,Warisan Dunia"

Assalammualaikum WBT dan Salam Warisan Timur!!
Maaf kepada kengkawan semua!!setelah lama aku tidak menulis blog,kerana kengkangan tugasan rasmi,kali ni aku nk post kepada kalian semua berkenaan dengan satu event yang di anjurkan oleh jabatan warisan Negara bagi mempromosikan Warisan Kita,yang telah di iktiraf diperingkat Dunia Oleh UNESCO...
Oleh yang demikian, berlangsungnya di BSAS(Bangunan Sultan Abdul Samad,berhampiran Dataran Merdeka) berkenaan Pameran Warisan Kita Warisan Dunia...
Aku sentuh sikit antara pengisian pameran yang di lakukan antaranya:
1) Tapak Warisan Dunia
2) Memorial Of The World
3) Makyung:Masterpeces of Intangible Heritage
dan lain-lain....JEMPUT LAH DATANG SEMUA!!!